Madrasah As-Sa'adah, Pasir Pekan

Madrasah As-Sa'adah terletak di tepi sungai Kg Pasir Pekan merupakan antara surau yang tertua di Kg Pasir Pekan.

Madrasah yang berusia lebih 40 tahun ini pada asalnya dibina dengan binaan kayu di atas tanah yang telah diwakafkan. Seterusnya Madrasah dibaik pulih ke bangunan batu pada tahun 2017.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di madrasah ini adalah solat fardhu 5 waktu, kuliah agama, ta'alim dan juga kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Madrasah juga ada mengadakan aktiviti 'ad-hoc' seperti mengedarkan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar yang terjejas akibat COVID-19.

Madrasah turut menerima sumbangan berkala daripada orang ramai, sama ada daripada penduduk kampung ataupun penyumbang luar. Sumbangan-sumbangan tersebut digunakan untuk membiayai kos utiliti dan penyelenggaraan Madrasah, dan untuk membiayai sebarang aktiviti-aktiviti yang dijalankan. .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by